Persatuan Belia Kristian Rhema
'IMAGE"

Official Logo

PERSATUAN BELIA KRISTIAN RHEMA

KETERANGAN

1.      Warna

 1.1  Ungu

-          Warna ungu melambangkan Kerajaan Syurga dan Kemuliaan Tuhan di tengah umatNya

-          Warna ini juga melambangkan kesatuan di antara ahli-ahli persatuan dalam mencapai matlamat dan objektif persatuan

-          Ungu juga melambangkan ketenangan berada di dalam hadirat Tuhan

 1.2  Merah 

-           Melambangkan betapa berhargannya darah Yesus yang mana sudah mati bagi umat manusia

-          Warna ini juga melambangkan semangat kecintaan diantara ahli-ahli persatuan dan juga kecintaan terhadap sang Pencipta

-          Merah juga melambangkan semangat yang ditonjolkan oleh ahli-ahli persatuan dalam mengikuti aktiviti yang dianjurkan

 
1.3  Coklat

-          Warna coklat melambangkan kerendahan hati hamba dalam pelayanan Tuhan

-          Warna ini juga melambangkan dasar utama ahli-ahli persatuan dalam membangun di antara satu dengan yang lain atas dasar keimanan

 1.4  Oren

-          Warna ini melambangkan pengharapan yang Tuhan berikan untuk semua umat manusia dalam hal keselamatan

-          Menjadi teladan di kalangan ahli-ahli persatuan dan juga masyarakat sekeliling

-          Sentiasa bersukacita dalam pengharapan, sabar dalam kesesakan dan sentiasa bertekun di dalam doa.

 
2.      Objek

 2.1  Bulatan Persatuan Pelayanan Belia Kristian Rhema

-          Melambangkan kerjasama di antara ahli-ahli persatuan yang tidak putus-putus dalam segala perkara.

-          Melambangkan bumi di mana setiap ahli dalam persatuan berperanan dalam memberitakan injil di seluruh pelusuk dunia

 

2.2  Tiga Jalur Api

-          Melambangkan konsep ‘Trinity’ iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus

-          Melambangkan semangat berkobar-kobar di kalangan ahli-ahli persatuan

-          Melambangkan kemajuan di kalangan ahli-ahli persatuan dalam penglibatan aktiviti-aktiviti yang dijalankan 

-          Memberi yang terbaik dalam segala hal untuk Kemuliaan Tuhan
 

MAKSUD:

 1.      RHEMA

-          Dalam bahasa Yunani, Rhema perkataan bermaksud "ujaran." Oleh itu, perkataan Rhema dari segi alkitabiah merujuk kepada sebahagian daripada kitab yang "bercakap" kepada orang yang beriman. 

 
Copyright (c)2015 PERSATUAN BELIA KRISTIAN RHEMA (PBKR)